Tuesday 30 October 2012

KIMPALAN


DEFINISI KIMPALAN

Kimpalan merupakan satu proses penyambungan bahan-bahan logam atau bukan logam menggunakan haba atau tekanan. Terdapat beberapa proses kimpalan yang biasanya dilakukan dalam industri iaitu:


1. KIMPALAN ARKA LINDUNGAN LOGAM (SMAW).

Dalam proses kimpalan ini,dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elekrod bersalut bahan lakur digunakan sebagai bahan penambah. Apabila elektrod disentuhkan pada permukaan logam,arka akan wujud diantara hujung elektrod dengan logam. Bahan lakur bertindak sebagai gas pelindung ke atas kawasan mengimpal.

2. KIMPALAN ARKA GAS TUNGSTEN (GTAW).

Dalam proses kimpalan ini dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elektrod tungsten digunakan dan bertindak sebagai tempat untuk mengujudkan arka. Rod penambah adalah sebagai bahan penambah pada kawasan kimpal. Gas argon digunakan untuk melindungi anduk (kolam) kimpal semasa proses kimpalan dijalankan.

3.KIMPALAN ARKA LOGAM GAS (GMAW).

Dalam proses kimpalan ini,dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal.dawai penambah bentuk gelungan dibekalkan dan apabila hujung dawai disentuhkan,ia akan mewujudkan arka. Gas karbon dioksida digunakan untuk melindungi anduh (batas) kimpal semasa proses kimpalan dijalankan.

4.KIMPALAN ARKA TENGGELAM (SAW)

Dalam proses ini dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elektrod gunahabis digunakan dan bertindak sebagai bahan penambah. Bahan  lakberbutir yang lengkap menutupi tanggam dan kawasan kimpal. Proses kimpalan ini dikelaskan sebagai proses kimpalan automatik.



Kepelbagaian jenis sambungan kimpalan,disini terdapat beberapa jenis sambungan dan kimpalan yang disertakan pada rajah dibawah :



Keselamatan semasa melakukan kimpalan dititikberatkan.Ia PENTING kerana setiap proses kimpalan mempunyai risiko yang AMAT TINGGI.Sebelum melakukan proses pengimpalan keselamatan dan cara pemakaian hendaklah mengikut prosedur seperti yang tertera pada rajah dibawah :


3 comments: